Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Berikut akan disertakan tutorial untuk menulis entri baru blog menggunakan Flock Browser. Sebelum setup akaun, sila saksikan video yang disediakan terlebih dahulu.
Panduan Setup Akaun
1) Pastikan korang melakukan setup berikut pada admin blog korang iaitu mesti enable status pada ‘Writing Settings’
iaitu di alamat hxxp://namablogkorang/wp-admin/options-writing.php
pastikan korang enable atau klik pada
XML-RPC
Ini akan membolehkan korang melakukan post di luar ruangan admin rasmi blog korang samaada di Flock mahupun pada smartphone.
2) Ikut langkah seperti dipaparkan pada video tutorial dengan klik pada lambang kunci untuk membolehkan korang setup blog korang. Di sini juga terletaknya segala akaun email yang korang buka, juga segala sosial network yang korang sudah login. Kiranya, ianya adalah opis korang di dalam Flock.
3) Jika korang menggunakan Blogspot ataupun WordPress.com, korang boleh login seperti biasa dan boleh terus menulis entri. Jika korang menggunakan self- hosting , korang perlu ‘mempertengahkan’ blog korang untuk berkenalan dengan Flock. Caranya adalah begini
Masukkan nama blog korang pada ruangan disediakan (maaf jika gambar tidak jelas). Sesudah klik next, korang akan disuruh memasukkan username dan password.
Sebaik sahaja korang berjaya, korang sudah boleh kemas kini entri terbaru di Flock.
4) Hampir kesemua langkah berikutnya sudah dipaparkan di video tutorial.
5) Untuk masukkan gambar, korang boleh gunakan cara seperti diajar di video tetapi hasilnya akan seperti gambar di atas (kabur) dan ianya akan diupload menggunakan facebook.
Cara yang lain ialah, upload gambar tersebut terlebih dahulu di media blog korang, kemudian gunakan alamat file url gambar tersebut untuk upload di ruangan menulis ini.
6) Cara memasukkan video clip youtube, masukkan kod Embed tersebut di ruangan ‘Source’
7) Selepas klik pada publish, korang bebas untuk memberitahu entri ini ditulis menggunakan blog editor flock (akan terpapar di ruang bawah sebelah kiri) dan juga entri ini dipaparkan juga di wall facebook korang.
Paling penting dulu, kena download Flock di sini.



Komen Yang Singgah