Di satu kesempatan, Rasulullah saw telah bersabda,
“Ada seorang lelaki yang masuk syurga disebabkan lalat, dan ada pula seorang lelaki yang masuk neraka juga disebabkan lalat.”
Para sahabat bertanya “ Bagaimana itu boleh terjadi ya Rasulullah saw?”
Rasulullah saw menjawab “ Dua orang lewat di salah satu kaum yang mempunyai berhala dan kaum itu melarang sesiapa sahaja meneruskan perjalanan sebelum ia mengorbankan sesuatu untuk berhala tersebut.”
Kaum itu berkata kepada mereka “ Sembelihlah korban! Walaupun korban tersebut hanya seekor lalat. Barulah kamu diizinkan melalui kawasan ini”
Orang yang memasuki neraka adalah lelaki yang mengikut arahan iaitu mengorbankan lalat.
Sedangkan lelaki yang seorang lagi, bermati-matian tidak akan berkorban sesuatu melainkan untuk Allah Taala. Maka kaum tersebut memenggal kepalanya. Inilah lelaki yang masuk syurga.
Kisah ini berdasarkan hadis Rasulullah saw ini riwayat Iman Ahmad.



Komen Yang Singgah