Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Aku pasti korang semua sudah menonton video berkaitan seorang pemuda yang memakai jessey MU sewaktu menonton latihan pasukan Liverpool di Stadium National Bukit Jalil dua hari sudah.
Korang sudah menontonnya lalu apa pendapat korang berkaitan kejadian ini. Lain padang lain belalang, lain orang lain pendapatnya.
Video ini sudah tersebar luas dan jumlah komen yang diperolehi juga bertambah dalam masa yang singkat. Bintang MU, Wayne Ronney turut memberikan komen di laman twitter beliau dengan menyatakan pemuda ini adalah legend.
Pendapat Aku
- Pemuda ini tidak sepatutnya berpakaian MU semasa duduk di kalangan penonton Liverpool, mungkin beliau patut bersama-sama penyokong yang memakai jessey Malaysia.
- Tetapi pada masa yang sama, beliau tidak patut dipersalahkan, dihalau atau diperlakukan sedemikian rupa (diarah membuka baju). Stadium Nasional Bukit Jalil bukanlah gelanggang tuan rumah kepada Liverpool,sebaliknya ia adalah gelanggang untuk pasukan Malaysia.
- Justeru itu, pada pendapat aku jika ada peminat pasukan lain yang ingin jadi penonton lalu memakai jessey pasukan kesayangan mereka. Itu adalah hak mereka. Tidak wajar mereka atau pemuda tersebut dipaksa untuk menukar jessey kerana dia cuma ingin menonton perlawanan sahaja.
- Memandangkan MU tidak turut sama menyertai jelajah TOUR ini, menonton pasukan lain beraksi di Stadium Nasional Bukit Jalil adalah satu peluang untuk menyaksikan kehebatan pasukan EPL beraksi. Untuk mendapat dan membeli tiket bukanlah satu perkara yang mudah.
- Mungkin penonton Liverpool teruja dan bersemangat lalu berkelakuan sedemikian. Tapi kita sebenarnya terlupa dan lambat tahu, ianya pasti akan dipertonton oleh sejumlah besar penonton di youtube lalu mencalarkan sedikit tatasusila rakyat Malaysia.
- Sebenarnya samaada pemuda itu dan juga penonton lain, mereka sama-sama melakukan kesalahan. Kita semua tidak sempurna. Ramai juga yang memberi pendapat, lebih baik menyokong pasukan Malaysia dan memakai jessey pasukan kebangsaan adalah jauh lebih bermakna dan lebih bersifat terpuji.
Apa pula pendapat korang???
p/s : pemuda tersebut akhirnya mengenakan jessy pasukan Harimau Malaya berwarna kuning.
: pada hari perlawanan (iaitu semalam) ada seorang penonton yang memakai jessey Arsenal. Beliau juga disuruh untuk membuka baju.



FEEL THE RHYTHM!
FEEL THE RHYME!
GET ON UP!
IT’S BOBSLED TIME!
COOL RUNNINGS!!!?
Macammana sekarang? Ada semangat olimpik? Agaknya sesuai tak Malaysia join Olimpik Musim Sejuk?
Negara musim panas lain yang pernah menghantar wakil ke Olimpik Musim Sejuk selepas itu termasuklah Filipina, Thailand, Ethiopia, Madagascar, Fiji, Guam dan Guatemala