Assalamualaikum dan salam sejahtera
Ini sekadar pendapat aku dan aku telah buat rujukan sikit-sikit dengan pertolongan Pakcik Google yang baik. Kalau ada salah maklumat, sila betulkan aku ye.
Pengadil
Aku pernah ditanya oleh seseorang sewaktu aku sibuk menonton perlawanan NBA di Astro satu ketika dulu, soalannya senang sahaja.
Kenapa pengadil bola keranjang semuanya kecil-kecil berbanding pemainnya.
Pendapat aku senang sahaja. Pengadil itu bukannya lebih kecil berbanding para pemain. Sebaliknya pemain tersebut yang tumbesaran mereka melebihi had orang biasa. Jika dilihat pada Yao Ming pemain Houstons Rockets, beliau adalah pemain paling tinggi di NBA, Ketinggian beliau adalah 7 kaki 6 inci ataupu 236cm.
Manakala dalam sejarah NBA, pemain paling pendek pernah beraksi ialah Tyrone "Muggsy" Bogues yang cuma berketinggian 5 kaki 3 inci. Pun begitu, beliau menggunakan kekurangannya itu dengan menjadi salah seorang pakar passing bola, pakar ‘mencuri’ bola dan salah seorang yang pantas di atas gelanggang.
Jika korang pernah membaca manga ataupun menonton animex Slam Dunk, Point Guard pasukan Shohoku iaitu Ryota Miyagi juga adalah pemain pendek tetapi juga seorang pemain yang handal.
Pengadil ditugaskan mengawal dan mengadili perlawanan. Bola keranjang adalah sukan yang penuh kesederhanaan. Tidak boleh menjadi terlalu lemah lembut di gelanggang tetapi tidak boleh terlalu keras dan kasar. Tidak boleh berlaku tolak menolak tetapi perlu ada kuasa untuk mempertahankan kawasan lebih-lebih lagi di bawah jaring.
Pada masa yang sama, bola keranjang penuh muslihat dan tipu muslihat politik seperti rakaman video seks. Pergerakan sampingan dan gerak langkah yang penuh tipu daya semasa serangan salah laku berlaku. Samaada pihak yang menyerang ataupun yang bertahan, pasti akan melakukan kesalahan.
Inilah keperluan seorang pengadil bersaiz biasa-biasa, supaya sebarang kesilapan dapat dilihat dengan jelas samaada ianya berlaku di atas udara mahupun di atas papan gelanggang.
Layan video ini dulu. Pasukan yang ketawa akhir sekali adalah pemenang
Muzik Di Gelanggang Bola Keranjang
Jika korang biasakan diri menonton pertandingan bola keranjang, korang pasti perasan adanya muzik dan lagu sepanjang perlawanan. Pada mulanya, aku menyangka ianya datang dari pihak penyokong namun ternyata aku silap.
Bola keranjang adalah sukan yang menggunakan masa sepenuhnya. Walaupun masa sepenuh permainan berlangsung cuma sekitar 20 minit sekiranya berlaku masalah di gelanggang sehingga memaksa pengadil menghentikan perlawanan, jam masa perlawanan juga akan berhenti. Ada masanya, masa terhenti di minit-minit akhir perlawanan atas permintaan pasukan untuk membuat perbincangan teknik dan strategi.
Pasukan akan diberi masa selama 24 saat untuk menyerang dan menjaringkan bola. Tetapi jika pihak lawan berjaya merampas bola ataupun serangan gagal, hak 24 saat akan diberikan kepada pasukan lawan.
24 saat adalah masa yang agak panjang, tetapi pemain perlukan tumpuan di atas gelanggang, kerana itulah bunyi dan muzik disediakan untuk memberitahu waktu yang semakin singkat untuk melangkah dan menyerang.
Bola keranjang adalah sukan menyerang dan bertahan. 20 minit adalah masa yang sekejap tetapi sangat meletihkan. Penuh dengan aksi dan kejutan. Kerana itulah wujudnya kata tema Where Amazing Happens untuk bola keranjang lebih-lebih lagi di NBA


Komen Yang Singgah