Sesiapa yang tak kenal dengan SMK Anderson Ipoh pada masa kini, aku ingat mesti orang tu dah terlalu tua ataupun terlalu sibuk dengan urusan hidup. SMK Anderson Ipoh adalah salah sebuah sekolah yang tertua di Perak. Asalnya, ia diwujudkan untuk bersaing dengan Kolej Melayu Kuala Kangsar Perak.
SMK Anderson Ipoh merupakan salah sebuah sekolah yang menjadikan hoki sebagai produk utama. SMK Anderson Ipoh selalu menjadi juara peringkat negeri dan sering memberi cabaran kepada kuasa hoki yang lain di Malaysia.
Aku bersekolah di SMK Anderson Ipoh pada tahun 1988-1990 (kira dah lama sangat la).Pada waktu itu, SMK Anderson Ipoh belum melibatkan diri sepenuhnya dalam sukan hoki, tapi dalam bidang sukan yang lain seperti bolasepak dan ragbi, SMK Anderson boleh tahanlah juga kuatnya.
Tapi yang aku nak cerita ini bukanlah sukan yang menaikkan nama sekolah. Tapi sekadar permainan menghabiskan masa-masa lapang sewaktu guru mengajar atau guru belum tiba ke kelas.
Permainan Pelik Pertama – Angkat Tangan Jika Dah Sudah
Permainan ini kacang sahaja. Kisahnya begini… waktu itu aku menuntut di kelas 1P5. Guru subjek Rampaian Sains namanya Cikgu Chong. Cikgu Chong setiap kali masuk ke kelas, beliau akan mencapai kapur tulis dan mula menulis di papan hitam. Kami para pelajar, sekadar mengikut setiap tulisannya untuk salin ke buku tulis. Lalu timbullah pakatan jahat antara aku dan rakan-rakan sekelilingi memulakan satu permainan.
cara dan peraturannya:
- Bila Cikgu Chong mula menulis, kami juga akan menulis setiap nota yang disalin. Setiap kali Cikgu Chong meletak tanda noktah, sesiapa yang habis menulis di titik tersebut kena angkat tangan.
- Disebabkan cara penulisan Cikgu Chong yang agak laju, kebanyakan pelajar sukar untuk mengejar, jadinya pada permulaannya tak ramai pelajar angkat tangan serentak dengan titik noktahnya. Tapi selalunya aku berjaya mengejarnya. Tentang tulisan kat buku nota jangan ceritalah..tulisan ynag tidak cantik dan banyak ringkasan.
Memang seronok dengan permainan yang mempercepatkan hasil penulisan kami. Tapi permainan ini pupus dengan cepatnya kerana satu kelas kantoi dengan Cikgu Chong. Dipendekkan cerita, masa tu aku dah slow down speed aku(sebab dah selalu sangat jadi pemenang), Cikgu Chong menulis dan menutup tulisannya dengan titik noktah. Serentak dengan itu dia memalingkan tubuh badannya ke arah semua pelajar.
Terkejut dia melihat hampir semua pelajar di kelas mengangkat tangan sebab berjaya mengejarnya menulis. Ingatkan masing-masing nak bertanya soalan, so bila ditanya kepada semua pelajar kenapa angkat tangan, beliau cukup angin hinggakan kami tidak lagi berani mengulangi permainan yang sama. Disebabkan aku masa tu agak slow menulis (tulis dengan kemas dan cantik), aku terpegun gak melihat hampir semua rakan-rakan sekelas dah join permainan tu. Lawak lak rasanya.
Permainan Pelik Kedua – Laga Pembaris.
Permainan ini memang nostagia untuk aku. Aku antara pemula permainan ini dan antara yang membawa permainan ini ke sekolah.
Sejarahnya dan cara permainannya:
Masa tu aku, Ahmad Azham, Mohd Syahid, Zamri dan juga ShahrulAliNizam berada di sekolah agama rakyat PGA Ulu Kinta (dulu PPH). Kami bosan , lalu si Syahid dan Ahmad Azham carilah idea untuk menghilangkan kebosanan lantaran ustazah belum masuk.
So diaorang dapat idea permainan laga pembaris. Masing-masing mesti ada pembaris sendiri (pembaris pendek). Dinamakan Laga Pembaris kerana pembaris kita mestilah dilagakan dengan pembaris pihak lawan sehingga salah satu pembaris jatuh ke bawah. Last Men Standing will win this match.
Pada mulanya, nak mengerakkan pembaris itu cukup seksa. Tak boleh menggunakan tangan, so.. diaorang pun just main tiup-tiup sahaja pembaris tu. Bayangkanlah sekali tiup aje, disertai dengan air liur yang tersembur sampai terpalit kat muka lawan. Gile tak senonoh masa tu. So, terpaksalah cancel idea itu, cari idea lain.
Kemudian kitaorang mencuba gerakkan pembaris itu dengan pen dengan menekan pen ke pembaris. Pehhh.. meluncur laju dan mampu dikawal setiap pergerakkan pembaris itu. So, mulalah kitaorang praktis dengan pemainan baru ini. Kemudian aku membawa permainan ini ke kelas 1P5. Rakan-rakan lain bawa permainan ini ke kelas masing-masing.
Jadi bermulalah permainan laga pembaris yang mencetuskan fenomena kat SMK Anderson Ipoh. Pembaris robek dan sumbing. Pen patah dan bengkok adalah akibat permainan ini. Masing- masing memberi nama kepada ‘jaguh’ mereka. Aku ingat lagi nama pembaris aku Destroyer, The Castle. Kedia-dua pembaris ini ada keistimewaan tersendiri ditambah dengan skill permainan aku.
Libas pemusnah, taufan 5 bintang, serangan lurus pemusnah adalah antara nama serangan yang aku kuasai.
Aku ingat lagi perlawanan klasik dengan 8 orang pemain di 2P1 (dah masuk tingkatan dua dah…). Cuma tinggal aku dengan Lee Wan Wah (bekas pemain beregu badminton negara). Aku dengan jaguh aku The Castle. Wan Wah dengan jaguhnya The Knight. Berbalas serangan, tapi aku berjaya melibas Wan Wah punya jaguh dan aku jadi pemenang. Sungguh bergaya reaksi aku masa itu.
Permainan Laga Pembaris ini pupus di kelas 2P1 kerana disound oleh guru Bahasa Malaysia waktu itu. Satu kelas dah tak main lagi. Dan permainan itu turut pupus dalam hidup aku sampailah aku bertukar sekolah.
Tetapi liga permainan Laga Pembaris ini tetap berterusan di kelas-kelas lain waktu aku berada di tingkatan 3. Aku tak pasti samaada permainan ini masih dimainkan sehingga sekarang ataupun sudah merebak ke serata negara. Tapi yang aku ingat, aku adalah pembawa permainan pelik ini di SMK Anderson Ipoh. Sebaik sahaja aku dapat result SRP yang agak sederhana, aku bertukar ke SM Vokasional Ipoh bersebelahan dengan SMK Anderson Ipoh.
SMK Anderson Ipoh mengingatkan aku pada kenangan manis tersebut, dan aku gembira menjadi salah seorang pelaljar di SMK Anderson Ipoh seperti mana aku gembira berada di SM Vokasional Ipoh.
Sweet Memories To Remember.


Komen Yang Singgah