Renungan Untuk Blogger

(please use google translate to translate..thankĀ  :)

Aku menggunakan bahasa Malaysia sebagai bahasa untuk setiap entri . Tetapi aku agak hairan kerana terdapat komen yang datang luar dari Malaysia. Namun setelah difikirkan kembali, perkara ini tidaklah menghairankan. Kerana sesiapa sahaja yang mempunyai internet boleh melawat setiap entri aku tanpa sekatan walaupun berlainan bahasa.

Pakcik Google ada garget yang boleh digunakan untuk translate setiap artikel yang berlainan bahasa ke bahasa yang kita inginkan. Kerana itulah, terdapat komen pembaca bukan melayu (bukan rakyat Malaysia) yang memberi komen di entri tersepit aku. Aku tidak pasti samaada mereka benar-benar membaca entri aku, tetapi memang terdapat trafik yang aku lihat dari negara lain melalui plugin Feedjit Live Traffic Feed.

Pada masa yang sama, aku selalu menghantar entri aku ke digg.com, facebook, delicious.com dan stumbleupon. Niat pada asalnya hanyalah ingin mempercepatkan indek ke google, tetapi ada menjadi kebiasaan entri tersebut dilihat oleh pengunjung walaupun mereka berada di negara lain. Saya pasti kebanyakan pengguna internet di Malaysia tidak menggunakan social bookmarketing kecuali facebook, kerana agak jarang melihat artikel berbahasa Malaysia di setiap social bookmarketing kecuali diĀ  facebook.

Mungkin beginilah caranya untuk kita mendapatkan trafik dari luar negara. Tetapi perlu diingat. Google Translate berjalan secara automatik. Adalah penting kita menggunakan bahasa rasmi sepenuhnya tanpa mencampurkan dengan bahasa rojak. Ini akan membuatkan, google translate gagal melakukan tugasannya dengan betul dan ini akan membuatkan berlakunya salah maklumat. Ianya sekadar renungan untuk blogger seperti aku.

Semoga ianya bermanafaat. InsyaAllah

Share