Review Samsung Galaxy Ace GT-S5830

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Samsung Galaxy Ace GT-S5830

Setelah menggunakan hampir 2 minggu Smartphone Samsung Galaxy Ace, barulah aku berkesempatan menulis sedikit sebanyak review tentangnya.

Samsung Galaxy Ace termasuk dalam kumpulan keluarga Ultraman Galaxy. Turut sama bersaudara dengannya adalah Samsung Galaxy S, Samsung Galaxy SL, Samsung Galaxy Mini, Samsung Galaxy Gio, Samsung Galaxy Fit, Samsung Galaxy 3, Samsung Galaxy 5 serta 2 model yang masih dinanti kemunculannya iaitu Samsung Galaxy S II dan juga Samsung Galaxy Neo.

Berikut adalah spec bagi smartphone Galaxy Ace yang diambil dari laman web rasmi Samsung

Network
  • HSDPA 7.2Mbps 900/2100
  • EDGE/GPRS 850/900/1800/1900
Dimension
  • 112.4 x 59.9 x 11.5 mm (113g)
Display
  • 3.5” 320×480 HVGA 16M TFT
OS
  • Android 2.2 (Froyo)
Download applications
  • Android Market
  • Samsung Apps
Social Hub
  • Integrates SNS, Email,
    IM and Calendar Accounts
  • Integrated Calendar
    (Google/Facebook/Outlook)
Integrated E-mail
  • Gmail
  • MS Exchange ActiveSync
Processor
  • 800MHz (MSM7227-1 Turbo)
Connectivity
  • WiFi 802.11 (b/g/n)
  • Bluetooth technology v 2.1
  • USB 2.0 (High Speed)
Camera
  • 5.0 MP AF Camera with
    LED Flash
  • Single Shot, Continuous Shot, Panorama Shot, Smile Shot
TouchWiz UI for Android
  • Multiple Homescreens
  • Hybrid Widgets
  • Search in Browser
Battery (Standard) Li-on
  • 1,350mAh
  • Talk time: up to 627min(2G),
    up to 387min(3G)
  • Standby time: up to 642Hr(2G),
    up to 421Hr(3G)
Video
  • QVGA@20fps / WVGA@30fps
  • Codec : MPEG4, H.263, H.264
  • Format: 3gp(mp4)
Music
  • 3.5mm Ear Jack & Speaker
  • MP3, AAC, AAC+, eAAC+
Memory
  • 150MB + inbox 2GB + microSD (up to 32GB)
Android Browser
  • RSS reader
GPS
  • A-GPS
LBS
  • Google Maps™, Latitude, Places
  • Google Maps™ Navigation(Beta)
Sensor
  • Accelerometer Sensor, Proximity Sensor, Digital Compass
Additional Features
  • Quicktype by SWYPE
  • ThinkFree
    (Document Viewer & Editor)
  • AllShare
  • Multi-touch zoom
  • FM Radio (RDS)

Ok, ini review peribadi aku tentang smartphone Samsung Galaxy Ace. Mula-mula kita pergi ke arah yang positif dulu.

PRO

1)  Satu-satunya smartphone generasi Galaxy yang memiliki kelengkapan kamera yang menyeluruh, iaitu ada lampu flash dan juga auto fokus.  Samsung Galaxy S dan Samsung Galaxy SL yang lebih mahal harganya tetapi tidak memiliki lampu flash pada kameranya.

2) Skrin yang sama saiz seperti skrin iPhone iaitu seluas 3.5 inci.  Namun ia hanya dilengkapi resolusi 320 x 480 pixels tetapi ianya memang cemerlang dalam kelasnya kerana kebanyakan saingan Galaxy Ace cuma berkeupayaan pada resolusi 240 x 320 pixels.

3) Bukan sahaja korang boleh download aplikasi Android, tetapi juga aplikasi Samsung. Bermaksud, akan ada 2 jenis aplikasi di dalam smartphone ini.

3) Dilengkapi dengan ThinkFree Office Mobile untuk Android yang membolehkan korang melihat serta edit file Microsoft Office.

4) Proseccor  yang laju dalam kelasnya. Pesaing terdekat cuma Huawei IDIOS X5 yang berkeupayaan sama dengannya.

5) Ringan dan nipis dalam kelasnya. Berat hanya sekitar  113gram.

6) Gambar yang diambil berada dalam kualiti yang baik.

7) Galeri dipaparkan dalam keadaan 3D. Memang kelihatan menarik.

Kekurangan

1) Memori phone yang kurang. Cuma 150MB sahaja (RAM 256MB). Ada aplikasi android yang akan terus diinstall masuk ke dalam memori phone menyebabkan memori akan menjadi penuh.

2) Tidak dilengkapi dengan aplikasi Adobe Flash. Tanpa aplikasi ini, keseronokan membuat blogwalking menjadi sedikit spoil.

3) Format video yang hanya biasa-biasa sahaja. Tidak ada format Divx dan Xvid.

4) Walaupun memiliki waktu standby dan waktu bercakap yang panjang, bateri terlalu cepat habis jika digunakan untuk bermain game lebih-lebih lagi yang melibatkan kualiti warna yang banyak.

5) Masalah ‘hang’ akan berlaku jika smartphone ini berada dalam keadaan berat. Oleh itu janganlah buka terlalu banyak aplikasi dan pada masa yang sama bermain game.

 

Keseluruhannya, Smartphone ini sebenarnya berada dalam situasi yang cemerlang dalam kelasnya dan harganya. Memandangkan ini adalah kali pertama aku menggunakan smartphone Android, kebanyakan kekurangan itu aku akan pandang sebelah mata.

 

 

Share

Reaksi

image

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Masa yang terasa singkat menyebabkan aku agak kurang waktu untuk update blog serta melakukan aksi rempit di blog rakan-rakan lain.  Seperti aku telah kehilangan sesuatu yang biasa aku lakukan sebelum ini. Aku mohon maaf jika jarang-jarang merempit komen di blog korang.

Ada bestnya bila sudah punyai smartphone android ini. Tulis nota seperti sekarang, kemudian pindahkan ke blog. Emm..masa tengah ada untuk menulis, itulah yang wajar dilakukan. 

Reaksi rakan-rakan sekerja bila melihat aku sudah bertukar telefon mengundang pelbagai reaksi. Ada yang cuma terdiam kaku, ada juga yang menunjukkan kelakuan cemburu. Sebelum ini ramai yang mengutuk aku apabila update status facebook dan main game dengan handphone kecil, sekarang ini semuanya tidak lagi berani nak kutuk lebih-lebih. Maklumlah sekarang ini handphone aku yang lebih besar skrinnya serta lebih nipis berbanding handphone orang lain.

  Reaksi Ladfe Ali Ridha semasa aku belek-belek smartphone ini waktu ingin membelinya, dia sangat teruja. Awal-awal lagi dia sudah berpesan untuk masukkan Angry Birds ke dalam smartphone ini. Banyak senang hati bila dia tahu ada tiga versi Angry Birds di install dalam smartphone ini. 

Reaksi isteri aku pula, menunjukkan rasa cemburu ketika dia membelek-belek smartphone baru milik aku. Kerana itulah, semalam aku membelikan satu lagi smartphone Samsung Galaxy Ace untuk dirinya  walaupun wife aku sudah ada Blackberry.   Itu cuma sebagai hadiah ulangtahun perkahwinan kami yang ke 9 tahun. Sekarang aku dan wife mengunakan smartphone jenama dan model yang sama iaitu Samsung Galaxy Ace

Share

Live Blogging Makhluk Hitam

image

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Ini adalah percubaan pertama setelah aku memiliki makhluk hitam bernama Samsung Galaxy Ace.

Review tentang smartphone ini akan disediakan kemudian. Aku masih mengalami kesukaran untuk menaip kerana ini adalah kali pertama aku menggunakan makhluk hitam.

Aktiviti menaip terhenti seketika apabila Farris kembali segar seteleh diganti pampers yang penuh dan seluar yang basah.

Terdapat sedikit masalah semasa aku menghasilkan aplikasi wordpress untuk android ini. Namun setelah aku perbetulkan setting pada ruangan admin blog,akhirnya ali berjaya melakukan aksi live blogging ini.

InsyaAllah diharapkan selepas ini,blog ini tidaklah sepi tanpa diupdate dengan entri terbaru.

Share