Sayonara to Brazil from World Cup. Selamat jalan dari Africa Selatan untuk pasukan Brazil.
Tahniah buat Pasukan Belanda kerana berjaya mengalahkan pasukan pilihan ramai iaitu Brazil. Aku tidak menonton secara live atau secara langsung kerana tiada pakej sukan di Astro.
Aku sememangnya sakit hati dengan RTM. Pihak RTM mendapat hak siaran untuk World Cup kali ini tetapi sudah masuk perlawanan suku akhir, masih ada lagi perlawanan yang tidak disiarkan secara langsung termasuklah perlawanan kali ini.
Agak kelakar melihat iklan RTM, bersorak bersama-sama sempena World Cup tapi siapalah yang nak melihat siaran tertunda.
Lebih kelakar, sudahlah siaran tertunda. Pengacaranya sibuk ingin membuat ulasan tentang perlawanan yang sudah berlangsung, lepas itu ulas itu ini. Jika perlawanan tertunda, teruskanlah sahaja ke perlawanan seperti mana yang dilakukan oleh Astro Arena. Tak payahlah nak iklan-iklan lagi.
Berbalik kepada perlawanan yang tidak dapat saya saksikan, saya cuma melihat perkembangan perlawanan melalui Fifa.com
Brazil memanglah pasukan yang malang, ditambah dengan gol sendiri oleh Felipe Melo, ditambah derita oleh Sneijder. Manakala gol Brazil mendapat jaringan melalui Robinho. Saya fikir Felipe Melo pasti akan dibunuh sebaik sahaja sampai di Brazil, sudahlah menjaringkan gol sendiri, dapat pula kad merah sehingga dibuang padang. Kaka juga bernasib malang di World Cup kali ini. Bekas pemain terbaik dunia ini gagal menjaringkan gol di World Cup dan mendapat kad merah semasa peringkat kumpulan.
Sekarang ini saya berpeluang menulis entri ini sambil menyaksikan siaran tertunda di Astro Arena dan mendengar pengulasnya asyik memuji dan mengulas pasukan Brazil. Keputusan separuh masa baru sahaja habis.
Keputusan kegagalan Brazil ke peringkat seterusnya, pasti mengecewakan ramai penyokong Brazil. Bahkan rakan-rakan saya di Facebook yang menyokong Brazil, tidak online serta tidak membalas tulisan saya di wall. Juga seperti tidak dapat menerima kenyataan bahawasanya Brazil telah tersingkir.
Apa apa pun, bola itu bulat. Tetapi World Cup sebenarnya berbeza. Ranking dunia kedudukan dunia tidak menjamin kejayaan sesebuah pasukan itu berjaya ke peringkat seterusnya.Lihat sahajalah kepada Pasukan Itali, Perancis, Portugal dan England. Semuanya terpaksa mengucapkan Sayonara kepada World Cup. Sayonara also to Brazil.
Sayonara to Brazil.Semoga lebih berjaya di tahun 2014. Kepada penyokong Brazil, sabar ajelah ye.
Semoga di tahun 2014, tiadalah lagi pembohongan tentang siaran World Cup, tiada lagi siaran tertunda. Ianya memang mengecewakan.





Komen Yang Singgah