SENGAL BADAN BUKANNYA AKU YANG SENGAL

Selalu juga aku ini sengal badan. Rasanya macam nak aku patahkan aje tulang temulang aku. Sengal badan selalunya berlaku jika aku tidur terlalu lama sebab keletihan. Kena pulak tidur di atas tilam yang sudah terlalu lama. Agaknya bilalah aku nak tukar tilam yang dah uzur itu. InsyaAllah ada kesempatan nanti dan ada duit lebih, aku akan tukar. Kesian jugak kepada isteri aku yang asyik tidur kat tilam yang dah lonyot itu.

Jadi bila aku dah sengal badan, aku biasanya akan membunyikan tulang temulang dan setiap sendi aku.

Daripada leher hinggalah ke buku lali. Semuanya akan berbunyi kuat bila dibunyikan. Lepas itu semuanya akan terasa lega dan ringan aje rasanya badan aku ini. Sudah tidak terasa sengal badan lagi.

Biar aku ajar macammana nak bunyikan tulang leher dengan betul. Jangan kepak kepala korang seperti yang biasa korang tengok. Nampak ngerikan. Cara aku senang aje.

Sebelum tu layan dulu video ni dulu. Jangan biasakan kepak kepala macam dalam video ni. Ngeri.

Bergaduh macam ini pun boleh buat sengal badan. Sungguh perit rasanya.

Korang berbaring dengan lutut dibengkokkan dan posisi macam nak buat sit up. Pegang bawah kepala korang dan angkatnya tanpa mengerakkan anggota badan yang lain. So yang akan naik dan berbunyi cuma leher korang sahaja. Kalau kena gaya, sampai ke tulang belakang korang akan berbunyi.

Tulang belakang juga boleh dibunyikan dengan cara begini.

Buat badan mengiring, lepas itu tarikĀ  kakiĀ  (tumit ) korang ke belakang menghala ke belakang. Ianya perlu mengikut keselesaan korang. Aku sure korang pasti akan dengan bunyi berdetup macam tulang korang dipatahkan.

Buku lali pun korang ikut cara yang sama. Bezanya kali ini korang tekan kaki korang sampai buku lali korang berbunyi.

Aku memang selalu bunyi-bunyikan tulang temulang dan sendi aku ni. Orang cakap bila usia kita dah bertambah, tulang kita pun semakin rapuh dan hilang daya sentuhannya pada setiap ensel sendi.

Ada juga yang kata, kalau asyik bunyi-bunyikan tulang temulang dan sendi kita, ia akan bertambah memburukkan keadaan. Aku pun tak tahu betul ke tidak. Yang aku tahu, setiap kali aku meletupkan sendi dan tulang yang sengal badan ini, rasa lega dan puas aje.

Ianya sebenarnya adalah kebiasaan aku. Agak sukar untuk membuang setiap kebiasaan ini. Yang aku tahu, aku cuma sengal badan bukannya aku yang sengal. Jadi aku perlu mencari pendorong untuk aku melupakan aktiviti yang mungkin satu keburukan.

Share