Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Minggu lepas satu lagi Smartphone Android telah dilancarkan di Malaysia di bawah ‘tajaan’ Maxis. Siapa yang tidak kenal akan jenama Sony Ericsson Xperia yang sudah masuk ke dalam pemikiran peminat-peminat Smartphone. Kali ini pihak Sony Ericsson telah melancarkan salah satu Smartphone paling nipis iaitu Smartphone Sony Ericsson Xperia Arc.
Harga permulaannya adalah sekitar rm2099.00. Jika anda melanggan pakej Maxis, korang akan dapat pemotongan harga yang jauh lebih baik tetapi aku tidak masuk review tentang perkara tersebut di sini. Korang boleh rujuk laman web Maxis untuk keterangan lanjut.
Aku tidak nafikan Xperia Arc pernah memasuki carta yang ingin aku miliki namun ianya sudah tersingkir daripada senarai. Ada beberapa perkara yang membuatkan aku tawar hati untuk memilikinya.
Untuk spec penuh korang boleh rujuk di sini.
Biar aku buat perbandingan Smartphone Sony Ericsson dengan beberapa model smartphone lain. Termasuk dalam senarai adalah Samsung Galaxy S II i9100, LG Optimus 2X serta LG Optimus Black.
Smartphone Sony Ericsson Xperia Arc dijana kuasanya dengan 1GHz Scorpion processor, Adreno 205 GPU Qualcomm MSM8255 Snapdragon. Ia dilengkapi dengan Android OS 2.3 Gingerbread. Berskrin 4.2 inci yang menggunakan teknologi Sony Mobile BRAVIA.
Kenapa aku kecewa…? Ini adalah antara sebab-sebabnya.
Bukan Dual Core Smartphone.
Xperia Arc muncul ketika semua orang menantikan kemunculan LG Optimus 2X yang menggunakan Dual Core Processor dan juga pesaingnya iaitu Motorola Atrix dan juga Samsung Galaxy S II i9100 .
Memang tidak akan terlawan jika satu engin untuk mengejar dua engin yang digerakkan serentak. Xperia Arc pasti kalah jika dibandingkan dengan smartphone Dual Core Processor.
Mahal Tak bertempat
Pada harga rm2099.00 Xperia Arc masih lagi mahal. Dengan LG memberi aras harga Optimus 2X pada tahap rm1900.00. Sudah pasti Motorola akan meletakkan harga Motorola Atrix pada aras yang tidak jauh berbeza.
Samsung Galaxy S II i9100 pasti diletak pada aras yang lebih tinggi kerana ia disasarkan untuk mengantikan Samsung Galasy S i9000 yang merupakan pencabar utama kepada iPhone4.
Mungkin pihak Sony Ericsson menyatakan alasan teknologi skrin yang digunakan serta saiz kenipisannya. Namun ianya masih boleh disaing oleh Smartphone yang lain.
1) Skrin Sentuh
Xperia Arc menggunakan LED-backlit LCD, capacitive touchscreen, 16M colours diimbang dengan teknologi Sony Mobile BRAVIA ianya menghasilkan skrin yang terang serta cantik dipandang.
LG Optimus Black menggunakan IPS LCD capacitive touchscreen, 16M colors diimbang dengan LG NOVA yang memberikan kecerahan walaupun di bawah panas terik sang suria. Bahkan ianya menjimatkan kuasa sehingga 50 peratus berbanding pesaing lain.
Samsung Galaxy II i9100 menggunakan Super AMOLED yang turut memberikan persembahan yang baik jika bersaing.
2) Kenipisan
Samsung Galaxy II i9100
125.3 x 66.1 x 8.5 mm dan berat cuma 116gram.
Sony Ericsson Xperia Arc
125 x 63 x 8.7 mm dan berat cuma 117gram
LG Optimus Black
122 x 64 x 9.2 mm dan berat cuma 106gram
Paling nipis adalah Samsung Galaxy II i9100 dan paling ringan adalah LG Optimus Black.
Tiada kamera 3G
Kamera 8.1 Mp sememangnya tiada tandingan. Memang Xperia Arc adalah pemenangnya. Tetapi korang tidak mampu mencermin muka korang dengan smartphone ini kerana ianya tiada kamera 3G.
Diletakkan dalam kategori High End User, tanpa kamera 3G memang merupakan satu kekurangan yang sangat besar.
Memori Yang Kecil
Sony Ericsson Xperia Arc cuma dilengkapi dengan memori dalaman 512MB dan perlukan penambahan memori dengan menggunakan kad memori. Ini satu lagi berita yang menyedihkan. Pun begitu ia disertakan dengan kad memori bersaiz 8GB secara percuma.
Tiada Pengambaran Full HD
Cuma dilengkapi dengan funsi pengambaran HD 720p sahaja.
Pada masa yang sama. smartphone ini juga dikatakan memiliki daya ketahanan bateri yang rendah. Ramai juga yang mengandaikan, ianya akan jatuh harga dengan cepat seperti mana berlaku kepada Xperia X10.
Jika korang masih juga berminat dengan jenama Xperia. Akan muncul di pasaran Xperia Pro, Xperia Neo dan juga Xperia Play (berasaskan Sony PSP)
Komen Yang Singgah