Senarai Pemenang Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

 

Berikut adalah senarai pemenang Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010 yang baru selesai. Gambar adalah ihsan pakcik Google. Tahniah kepada semua pemenang. Semoga sokongan berterusan untuk mereka

 

Artis berkumpulan/duo popular,

Anugerah Artis Mobile Popular: 6ixth Sense

6IXTH SENSE

 

Pelakon TV wanita popular: Fasha Sandha

Fasha Sandha

 

Penyampai Radio Lelaki Popular: Faizal Ismail

Faizal Ismail

 

Artis Komedi Wanita Popular: Noorkhiriah

Noorkhiriah

 

Artis Nasyid Popular: Rabbani

Rabbani

 

Pengacara TV Lelaki Popular: Aznil Hj Nawawi

Aznil Hj Nawawi

 

Artis Baru Lelaki Popular: Shahir

Shahir

 

Penyampai Radio Wanita Popular, Pengacara TV Wanita Popular: Fara Fauzana

Fara Fauzana

 

Pelakon TV Lelaki Popular: Remy Ishak

remy ishak

 

Artis Komedi Lelaki Popular: Zizan

Zizan

 

Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat: Dato’ Rosnani Jamil

Dato' Rosnani Jamil

 

Penyanyi Lelaki Popular: Faizal Tahir

Faizal Tahir

 

Pelakon Filem Wanita Popular: Lisa Surihani

 Lisa Surihani

 

Artis Baru Wanita Popular: Ana Raffali

Ana Raffali

 

Penyanyi Wanita Popular: Yuna

Yuna

 

Bintang Paling Popular Berita Harian 2010 : Shaheizy Sam

juga pemenang Pelakon Filem Lelaki Popular

 

Shaheizy Sam telah berjaya menempatkan diri beliau sebaris dengan artis popular yang lain seperti Dato’ Soto Nurhaliza, Mawi, Rosyam Nor (sekadar menyebut beberapa nama) dan mereka yang lain yang pernah memenangi Anugerah Bintang Popular Berita Harian. Tahniah untuknya

Share

Salahkah Jadi Orang Ketiga?

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Salahkah Jadi Pihak Ketiga? Picture From Google

Aku sememangnya tidak ada idea, tetapi bila aku buka 8TV sekarang ini, radio Hot FM telah membincangkan topik panas iaitu Salahkah Jadi Orang Ketiga…?

Dan sebetulnya tadi ada sorang pemanggil wanita yang agak sengal telah memberitahu seluruh dunia dengan bangganya

 Saya sudah bersuami dan ada boyfriend. Boyfriend saya sudah ada isteri tetpi ada girlfriend iaitu saya……

Please lah..kenyataan macam ini memang sengal dan banggang tidak bertempat.

Ironiknya beliau mengakui sudah sayang kepada boyfriend itu tetapi mengaku pada masa yang belum bertindak jauh cuma sekadar jadi teman berbicara dan makan tengahhari bersama.

Tetapi di rumah beliau hanya melayan seperti biasa dan buat bodoh pada suami.

Aku tahu memang ramai yang marahkan si wanita ini. Terlalu sengal akan kenyataannya itu. 

Kasihan pada suaminya yang bertungkus lumus cuba membahagiakannya tetapi dibalas dengan perbuatan sengal itu. Sia-sia sahaja segala perbuatan baiknya jika dia mengerjakan sembahyang atau puasa jika beginilah kelakuannya. Perbuatannya tidak mencerminkan rasa syukur kepada Allah atas ikatan yang halal.

Aku tak mahu komen banyak. Cuma aku harap, wanita betina ini sempatlah kembali ke pangkal jalan. Ingat-ingatlah, wanita yang berkahwin itu adalah hak milik mutlak kepada si suami.

Salahkah Jadi Orang Ketiga ?

Pendapat aku pula pada persoalan ini sebenarnya,

1) Jika wanita tersebut sudah berkahwin, memang totally menjadi kesalahan muktamad menjadi pihak ketiga lebih-lebih lagi melibatkan soal suami-isteri. Ini dinamakan sebagai curang. Tidak kiralah wanita ini menjadi sparepart kepada suami orang ataupun masih bujang..

2) Jika lelaki tersebut menjadi pihak ketiga, lelaki itu tidak boleh jatuh cinta kepada isteri orang. Ini adalah perbuatan yang salah. Ia dah menjadi satu usaha untuk meruntuhkan masjid yang dibina dengan cara yang halal.

3) Wanita bujang jatuh cinta kepada suami orang ataupun suami orang jatuh cinta kepada wanita bujang.

Konsep ini sebenarnya ada pro dan kontra. Ada yang tidak membenarkan perkara ini berlaku. Tiada siapa pun yang sanggup jadi perampas atau perosak rumahtangga orang lain. Si gadis tadi sudah nyata cintakan si suami orang hingga sanggup buat apa saja.

Pada pendapat aku, si isteri tadi kena buat keputusan samaada sanggup menerima ataupun menolak. Dari sudut agama, lelaki tersebut jika mampu tambah cawangan, maka usaha itu perlu dilakukan agar penambahan dosa tidaklah berlaku lagi.

Namun majoriti wanita lebih sanggup menjadi ibu tunggal ataupun pejam sebelah mata membenarkan si suami menduakannya. Amat sedikit wanita/isteri yang sanggup menerima MADU dalam hidupnya serta merebut peluang untuk mendapat Payung Emas di akhirat nanti.

4) Bujang vs bujang tapi kes ada fair dengan dengan balak ataupun awek orang.

Part ni, aku tak kisah pun. Buatlah apa yang terbaik. Jika sudah merasakan tiada kesesuaian, perlulah dilakukan sesuatu yang patut dilakukan. Yang penting status mereka ini belum sampai ke tahap kronik seperti tahap di atas.

Ini cuma pendapat peribadi aku. Sama ada setuju atau tidak, ini sekadar pendapat.

Kebahagiaan adalah hak milik Allah yang mutlak. Kita tidak akan mencapai kebahagiaan dengan melihat pada body yang tegap atau cantik. Tidak dapat mencarinya pada paras rupa yang cantik atau kacak. Ianya memerlukan pertolongan Allah.

Dan pertolongan Allah datangnya kepada mereka yang patuh akan suruhan-Nya dan lebih menuju kepada golongan yang tidak bercerai berai iaitu mereka yang berada dalam kumpulan. InsyaAllah.

 

 

 

Share